Wednesday, January 1, 2014

Goodbye 2013, Hello 2014

Ingin ku mulai entry ini dengan mengucapkan Assalamualaikum-Alhamdullillah-Selamat-Tahun-Baru-2014!

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya kita semua masih diberi peluang untuk menjalani tahun baru. *Yeayyy tiup belon* How was your 2013? Me? For me personally, it was a great year. 21 tahun, budak tahun 3, fakulti elektrik, single always (ehemm), still crush dengan orang yang sama (alhamdulillah tak jahil macam dulu asyik tukar crush *blusing tengok dinding*).

Tahun 2013 sebenarnya mengajar aku banyak benda. Insiden yang paling aku tak boleh lupa is time smartphone aku kena curik. Gilerr engko nak lupa, dah lah hilang time sehari sebelum befday aku kot! Pencuri ni check profile aku dulu ke hape sebelum nak curik. Memang prank yang sebenar-benar-tiada-yang-lebih-benar-melainkan-yang-benar-benar-belaka-punya-prank. Dan secara rasminya aku menyambut befday aku yang ke-21 tahun di balai polis sebab pergi buat report. Tragedi-May itu tidak terhenti di situ sahaja di mana kesabaran tercabar bila kena ragging dengan akak polis yang bajet 'sebab-engko-punya-kes-aci-besar-alam-aku-yang-kena-phuii'. It is so hard to forget that because that was my first smartphone and I bought it myself with my own salary. *Cengeng-lagi-cengeng-lagi*

Background: Seoul Garden, IOI Mall Puchong.


Tapi siapa kita nak lawan hukum Allah. Kalau Allah cakap rezeki kita sampai takat tu, it means that's it. KEEP CALM AND MOVE ON. Then aku nak story pasal mengembaraan ke Penang! *Hamboii move on betol ni*. Kihkih tak adalah 'aci-pengembaraan' sangat. Aku ikut visit kelas, pergi Motorola Solution. Excited jugak sebab before ni aku tak pernah jejak kaki kat Penang. Berikut adalah bukti betapa excitednya aku. *Hoii bukan aku je, kanak-kanak ribena bawah ni pon sama!*

                                  Bebudak UMP Pekan yang terlepas dari kandang.

Benda yang paling aku tak boleh lupa pasal Penang adalah kari daging!~~~~ Before pergi Queens Bay, pakcik bas yang 'sememangnya-terbaik-dari-ladang-yang-caring-dan-asyik-tanya-korang-dah-makan-ke' tu stop bas untuk lunch. Aku tak ingat kat mana *Well if you know me well, i'm the kind of person yang fail geografi so i don't remember well* Turun-turun je bas, aku dok perati je dari tadi satu kedai klasik tepi jalan ni. Level crowded dia tinggi sikit je dari keadaan Jalan Tar time malam raya. Asalnya aku nak try nasiqq kandaqq tapi kedai tu ada nasik putih je. Berbekalkan pepatah 'Baiq Hang Makan Kalau Daq Kebuloq', aku pon try kari dia. PERRRRHHH. Rasa macam nak tapau bawak balik puchong bagi souvenir kat mak ayah. Punya mantopp kari dia beb. Terima kasih, pakcik bas.

Queens Bay pon Queens Bay lah. Aku ingatkan pakcik bas nak bawak kita orang pergi ke tempat-tempat bersejarah macam..macam..Apa kata engko google aku pon tak tahu apa nama tempat bersejarah kat situ ehemm *Pandang luar tingkap aci nak fefeeling angin*. So niat gua nak beli souvenir 'Selamat Datang Ke Penang' yang boleh main lekat-lekat kat peti sejuk tu terpaksalah gua telan.

Apa lagi yang menarik pasal tahun 2013? Apa? Che-Ta kawenn? Pass. 

Segala apa pahit-manis-tawaqqhabiaq yang berlaku pada 2013, Insyallah aku akan jadikan nikmat itu sebagai pengajaran untuk menjadi aku yang lebih baik. *Tukar suara insaf* 

Goodbye, 2013!~~

Mari kita mulakan tahun 2014 dengan niat yang baru. 
Forget who hurts you.
Forget who kills you.
Mari senyum sampai langit.





2 comments:

  1. Salam ukhwah....
    singgah dan follow

    jemput singgah blog akk ye
    http://kedaivitaminiman.blogspot.com/

    ReplyDelete