Monday, August 1, 2016

Lepas Grad Apa Cerita?

Assalamualaikum.
It's been a while, so hi. Last time aku update pasal tahun terakhir oppsss tahun ke-2 terakhir degree aku. Yeah, aku kena extend satu lagi semester and finally I finished my study earlier this January, Alhamdulillah. Aku tak nak cerita apa yang berlaku sebab aku masih trauma dah pon teruskan kehidupan dan redhakan hati untuk terima qada' dan qadar ini. :)

Seminggu lepas aku balik Puchong, aku terus amik lesen kereta and at the same time aku cari kerja part time. Tapi memandangkan sekarang sangat susah nak cari kerja, aku kerja dengan mak aku, as a cleaner kat sekolah. Ramai yang mempertikaikan apa yang aku buat. They were like;

"Ada degree, kenapa kerja cleaner?"

Memang dorang tak cakap straight to my face, but most people are very easy to read. Aku seriously tak kisah pon kerja cleaner, tapi entah kenapa orang lain pulak yang kisah. Realiti kehidupan agaknya. 

Lebih kurang dekat 4 bulan jugaklah aku kerja cleaner, then sebelum Ramadhan aku decided untuk berhenti sebab nak berehat. I tried to focused more on beribadah and all that and Alhamdulillah, I can say that Ramadhan this year was better than the last year. Lepas aku dapat lesen dalam bulan Ramadhan (Alhamdulillah, selepas fail jalan raya so aku kena retest dan bayar rm250, like OH MY GOD!), baru aku gigih cari kerja yang serius, apply kerja berduyun-duyun sebab aku memang target nak start kerja lepas raya. 

Seminggu lepas raya, aku dapat job interview. Satu hari tu aku dapat text, mintak suruh datang interview hari esoknya, dia maklumkan pasal ni sehari sebelum so bayangkan betapa gelabahnya aku. Dah prepare-prepare semua, esoknya aku gerak pergi interview tu kat Shah Alam. Sampai je kat bangunan office tu, aku cuba cari office tu tapi tak jumpalah pulak. So aku try nak call nombor orang yang panggil aku interview ni, then I realized something. 

I LEFT MY PHONE AT HOME. 

Waktu tu pulak, mak aku yang dah pergi kerja tu called ayah aku, kata handbag mak aku tertinggal dalam rumah, dan dalam beg tu ada kunci stor sekolah. So ayah aku yang plannya terus nak masuk kerja lepas hantar aku pergi interview terus tak jadi masuk kerja sebab kena balik hantar kunci rumah kat mak aku. IT WAS A TOTAL CHAOS i tell you. Waktu tu aku dah give up, so aku ajak ayah aku balik je. Sampai rumah, ngam-ngam pukul 9.30 (waktu yang sepatutnya aku datang interview), aku dapat call dari company yang nak interview aku tu.

Serba-salah jugak aku nak bagitahu apa yang jadi, sebab takut company tu ingat aku ni jenis yang suka main-main, tapi Alhamdulillah pemerimaannya baik dan orang tu mintak aku datang jugak interview tu walaupun lambat. So, dengan tidak dirancangnya, mak aku pulak yang bawak aku pergi tempat yang sama. This time aku bawak phone aku, so aku boleh tanya direction untuk pergi ke office tu. Interview punya interview punya interview, Alhamdulillah En A (bukan nama sebenar), merangkap managing director terima aku bekerja, as admin assistant. That was my first interview and Alhamdulillah I got the job.

Yes, I studied engineering, but now I'm working in administrative field. Did I told you that since I realized engineering is tough, I just decided to be a clerk? So here I am.

But of course, people still questioning my decision. You should be an engineer, you should do that, you should do this, awak ada degree kot takkanlah nak kerja gaji rm1500 je, bla bla bla. 

But of course, I don't give a shit about that. I love my work, I love my nice bosses, I love my peace, I love my life.

Bye.


No comments:

Post a Comment